Posted by: hidayahlove on: October 9, 2008
Salam…
Bila g blog yang biasa saya singgah, sume dah update pasal cite raya memasing. Saya? Sekarang ni mata dah mula nak katup awal. Padahal tido gak tadi petang…sampaikan anak kawan baik mak datang pun saya tak keluar. Dengan selsema, batuk2…semua tu menambahkan lagi kelemahan diri yang sedia ada ni. Penyebab ni datangnya dari adik ke2 saya tu la… 2nd last nak habis pose leh lak dia dilanda demam. Huh…tak suke tau. Dia dan adik2 yang lain memang mudah ditimpa penyakit…kecuali saya. Saya pernah cite pasal ni. Tapi yang ke2 ni paling mudah didatangi penyakit demam. Kenapa entah agaknya…
Balik kampung kat Muo (Muar bahasa bakunya ye…sahabat2ku sekalian)… Isnin minggu lepaslah… Memula memasing decide nak balik Selasa tapi sebab ada barang2 yang nak diangkut sama balik kampung, baliklah kami semua hari Isnin tu. Minggu sebelumnya, buat kuih beramai2 (adik2 datang untuk menyibuk je). Sebenarnya dah tarik diri awal2 untuk tolong mak buat kuih2 nis emua tapi akhirnya saya seorang je yang tolong mak. Memasing maleh… Gambar takde la…
Malam tu nak buat kuih, time tu la memasing nak tunjuk best…main mercun meletup sana sini. Saya geram sangat tapi tatau nak luahkan cemana dah. Tapi bila tak berbunyi rasa cam tak meriah lak…hahah…! Cite pasal balik kampung semulalah eh…
Gerak dalam pukul 5 petang gitu… Sampai kampung pun dekat2 waktu berbuka jugak le. Sempat singgah kat Murtabak Singapore. Act, kedai ni dari saya kecik lagi dah ada tau. Yang best ialah Murtabak Singapore tu la. Saya kurang pasti masih ada lagi tak kat Singapore murtabak2 ni… Gambar? Bila balik lagi nanti saya snap eh… Masa ni hp saya tu lum dapat lagik… 4 keping murtabak besar habis licin kitorang habiskan. Lapo punya pasal la… Diorang ada besar dan kecik punya murtabak tau… So, kalo g sana kene sediakan perut yang masih kosong sebab kalo dah diisi memang akan cepat kenyang.
Lepas berbuka, sambung kembali perjalanan yang mengambil masa kira2 1/2 jam (kalo tak jammed)… Akhirnya tiba jugak ke kampung tercinta itu… Cuma tak disambut macam dolu2 tu, rasa cam kureng sikit n selalu saya rasa rindu scene begitu… Tapi tu semua dulu kala…
Walaupun gitu, jiran dekat2 masih ada… Alhamdulillah… Sambung lagi cite ni… Kemas sikit2 untuk tido sebab mak dah janji ngan adik abah, nak balik kampung… Dah balik kampung…balik kampung lagi? Kampung tu maksudnya rumah nenek – mak abah saya. Kat Parit Sungai Pulai. Yang tadi Parit Jawa n Parit Nipah… Lama jugak berkemas, mop2 lantai…sapu menyapu lantai berkali2 sebab dah lama sangat tak balik ke kampung ni… Konon2 nak balik masa bulan puasa hari tu tapi memasing ada hal…
Habis mengemas (masa tu pun dah dekat pukul 1 pagi kot)…tambah2 ngan mata yang mengantuk dan penat yang amat…g jugak balik kampung. Ha, masa ni dah dapat handphoen yang diidam2kan tu tapi masalahnya masa ni memory card leh lak terbalik dipasangnya? Sengal tol… Memula dapat handphone, ada jakun sikit la sebab salu guna handphone Nokia sekarang tukar Sony pulak. So kene banyak belajar. Dalam tak bergaji2 lagi ni pun sempat beli handphone gak…
Sambung lagik… Sampai2 je kampung lepasa salam2 ngan semua ahli keluarga Makteh (adik abah yang ke5) n Tok Mak tersayang itu… Borak2 n makan2… Ni slot makan malam. Yang bestnya sedara2 yang asalnya di Johor ni memang la suka buat makan2… Kalo dah masak tapi kita tak makan atau jamah sikit pun, siaplah kena marah nanti… So, baiklah makan… Pernah kawan datang rumah n mak aseklah memasak lepas satu2… Rasanya adat n budaya Johor + Jawe memang gitu kot?
Habis makan, lepak2 dalam bilik sepupu – Syima, anak kedua Makteh. Dia dah lama tido pun. Penat semuanya… Lepak2 tertido pulak… Dalam kol 4 lebih bangun lagi untuk sahur. Sahur terus kat situ… Hahaha… Dalam kol 7 gitu balik Parit Nipah (Kat Muor – Johor memang banyak parit)… Mak ngan abah g pasar beli barang2 masak…transitkan tepi jalan untuk mengemaskan saki baki kotor2 kat dalam rumah tu. Masa ni saya sangatlah bersyukur sebab adik2 saya nak bantu mengemas rumah…kecuali yang ke2 sebab demam tapi bangun gak tolong mungkin segan tengok kami semua sibuk mengemas… Yang ke4 sejak tido kat rumah Makteh tak bangun2 walau dah dikejutkan banyak kali… Last2 tinggalkan aje. Balik nanti naik bas, senang…
Sesi mengemas berjalan lancar… Lepas ni mungkin kena balik selalu sebab rumah cepat berhabuk… Habis mengemas, rehat2 jap n mak pun balik dari pasar. Tolong kemas2 barang2 masak. Basuh2 apa yang patut… Habis tu, kemas2 lagi apa yang tertinggal untuk dikemaskan. Banyak lagi sebenarnya yang kami semua buat cumanya terlupalah pulak kan…
Pokda (yang saya beli handphone tu dari adik ipar abah ni la…) datang balik nak betulkan memory card yang terbalik tu… Dah susahkan Pokda lagi kan? So, lepas tu dapatlah gunakan hp tu sehabis mungkin…suka2! Petang tu buka puasa kat Parit Nipah je…
So sorry…tak sempat lagi nak terus bercerita. Cite dah lebih panjang dari biasa tapi tetap gambarnya belum letak lagi… Asal nak guna waktu petang mesti mata nak tido je… So, terpaksa guna malamnya tapi bila malam ramai pulak nak guna. So, harap2 malam ni settle semuanya… Terus cite raye pertama je la eh? 1 Syawal 1429H? Siap2 dan tunggu kat rumah sementara yang lelain g solat sunat dulu. Tapi taklah sesibuk tahun2 lepas… Pagi tu, lepas salam2…maaf2, memasing siap2 nak ke satu tempat yang biasanya semua orang pun akan pergi. Saya baru je pertama kali ke sini sebab tahun lepas awal2 dah cuti… So tak elok g sana kalo kita dalam keadaan ni… Period la…! Tapi bila sampai sini lupa nak amek gambar pulak. Segan…sedangkan saya tak buat apa2 pun orang keliling dah asek pandang2 (apalah yang tak kena ngan saya ek masa tu?)…
Tiba2 sayu je rasa bila tengok gambar ni…
Saya kakak ke mak saya adik? Hohoho…
Budak2 ni memang tak adil tau…gambar2 saya bersalam ngan mak n abah takde pun…
Yang ini dah macam orang amek hadiah pulak kan? Btw, inilah Ajip yang saya katakan dulu tu…
Dia akan terbang balik ke Mesir 1st November nanti… Rasa kejap je dia kat sini…
Sebab sejak dia balik Malaysia, jarang untuk dia duduk satu2 tempat tu lama2…dia lebih suka keje…
Dan sekarang ni dia ada kat kampung jalan2 ngan kekawan kat sana…
Mak n Fizi
Kami ber5…best je sebab semua ada…lengkaplah 5 orang!
Belakang tu abah kami ber5…saja nak sibuk2an diri jugak…
Kami sekeluarga…ni yang terbaik guna self-timer…dan diuruskan oleh Ud
(yang berkopiah biru corak2)
dari kiri – saya, fizi, abah, mak, abang (paling depan tu la), ud n ajip…
Lepas semua kat atas ni, kitorang semua g ziarah kubur…hehehe. Kubur atuk+nenek sedara je sebab arwah mak+abah mak saya kitorang lost…dari kecik sampailah ke sekarang memang tak pernah sekali pun g ziarah kubur arwah atuk+nenek kitorang…belah mak la. Kecik2 dulu siap rancang ngan sedara2 semua nak naik bas g ziarah kubur tapi sampai la ni langsung tak pun… Pastu balik dari menziarah, kami balik dan ke rumah abang sepupu mak – Pak Tunggal… Sempatlah jumpa anak2+menantu2 n cucu dia tu. Tiba2 kak Wati (menantu Pak Tunggal ke4) kata ada duit raya untuk saya… Sengih je…
Habis tu raya rumah sedara2 mak… Makan Laksa Johor. Johor ni uniknya laksanya guna Spaghetti… Pelik ke unik? Pelik kot? Nama je laksa tapi guna mee orang Italy? Apa2 jelah yang penting dah masuk perut dengan kenyangnya… Habis2 gitu gini+tangkap gambar yang tak seberapa tu, balik semula ke rumah persinggahan mak. Siap2 itu ini dan pulang pulak ke rumah Tok Mak kat Sungai Pulai. Saya pernah usulkan pada mak – cadangan beraya setiap rumah anak2 Tok Mak walau kat mana sekalipun dengan syarat tiapkali Raya Tok Mak ada kat salah satu rumah anak2 dia. Tetiap tahun tukar2 sebab kalo tak buat gitu, makanya tak selalu kita g rumah sedara2 kita tu… Tapi seperti biasa Tok Mak tetap nak raya kat kampung gak…nak buat cemana kan? Then, raya kat rumah abang abah… Tak lama sangat sebab masa tu pun dah petang sangat2…
kat rumah PakLong (abang abah) tapi tak cukup pulak ahli keluarga PakLong ni…
KakLong lum sampai lagi, Pa’a tengah keje n Ajim keluar pulak…so yang tinggal cuma Arip je…
Ni kat kawasan rumah MakTeh…ni semua sebab dah tengok hasil gambar beraya beramai2 pagi2 nya kat tempat yang sama. Angah, Amy, Cik Sahril, CT ke Muo cuci gambar untuk disimpan sebagai kenangan sama2. Lama jugak nak menunggu mencuci kat kedai walaupun katanya 1 jam…pastu bila memasing dah balik Sungai Pulai, semua pulun nak tengok gambar2 tu…
Ni masa kat luar rumah Makteh lepas sakan beraya…tak raye sangat cuma g yang dekat2 je…
yang ada kat sini, Amy – sepupu (anak Pokda+Mokda), Cik Sahril (adik abah ke6), Hisyam (anak Cik Sahril+Cik Nor)
abah depan kete cik Sahril tunggu adik2 abah yang ada untuk amek gambar…
ni lah sebahagian ahli keluarga yang ada…ada lagi kat dalam rumah…maleh nak keluar pulak
yang ada kat sini pulak… Mokda (adik ke3 abah), Angah (anak Pokda+Mokda n adik Amy)…
Cik Nor (isteri Cik Sahril), Ucu (adik bongsu abah), Ira (anak Cik Sahril+Cik Nor n adik Hisyam), kakak n adik (anak2 Ucu+Poksu), Poksu (suami Ucu)
saya dan Ucu…macam adek badek tak?
kakak yang tiba2 je jadi pemalu…
adik pulak yang relax…cayalah dik!
Malam tu (gambar yang kat bawah ni ha…) gambar sikit2 je n nak masukkan pun segan sebab semuanya dah tak macam siang tu…so sudah diingatkan supaya diprivatekan la…hahaha…cuma amek gambar sekeluarga untuk diframekan…kata mak la.
kami sekeluarga…background dinding rumah Makteh
photographer – Syimi (anak sulung Pakteh+Makteh)
p/s: ada lagi gambar2 yang saya ambil guna handphone tapi nanti2 akan dikeluarkan insyaAllah…
Komen