hidayah itu petunjuk

Kenapa Bila Aku, Ianya Masalah?

Posted by: hidayahlove on: January 9, 2009

Salam…

Kita akan berasa bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti dia mencintai dirinya sendiri

Pernah tak korang alami perkara2 seperti ini:

“tak baik buat orang macam tu sebab…”

“tak elok cakap macam tu, sebab…”

“tak perlu beli tu, sebab…”

“tak boleh buat macam tu, sebab…”

Dan macam2 lagi ungkapan macam tu… Aku biasa dengar sebab ramai yang jarang setuju dengan apa yang nak aku buat. Aku sendiri tak faham kenapa? Aku ni kenapa ek? Sampai tak boleh nak buat macam tu semua? Maaf, apakah bendanya tak dapat nak dikongsi bersama.

Selalu macam tulah aku selalu dengar. Itu kalau dengan orang2 yang paling rapat hubungkaitnya dengan aku. Dan kalau dengan teman2 pulak, lain ragamnya. Dan aku biasanya diperlekehkan kalau apa pun aku nak buat…

“ye2 je kau tu…”

“macam boleh kau ni?”

“ada ke yang suka?”

Betul, aku sangat hampa dengan pernyataan yang nyata tu. Aku harap untuk disokong dan kalau nak sangkal sekalipun takkan tak boleh nak berbudi bicara? Aku boleh terima apa jua yang dikata andai kena tempatnya. Akhirnya aku simpan rasa dalam hati. Aku tak mahu dikata tak boleh bergurau. Dia2 tu yang tak faham cara2 nak bersenda mungkin?

Selalu je aku mencari teman2 yang bisa mendengar apapun yang nak aku katakan padanya. Perkara biasa yang akan aku lakukan tu – luahan hati. Aku tak pandai simpan apa yang aku rasa sebab aku suka kongsikan dengan semua orang. Dan sampai sekarang masih tak berjumpa orang yang sebenarnya.

Ada yang sudi mendengar dan itulah yang aku mahukan tapi sampai bila dia2 nak mendengar je kan? Tapi yang peliknya dia2 pula mahukan telinga aku untuk mendengar luahan mereka, bahu aku untuk menumpang menangis. Aku memang tak pandai nak tolak sebab semua orang punya masalah sendiri. Menangis adalah jalan terbaik. Aku je tak tau nak menangis kerana masalah.

Tak apalah tiba masa yang diizin Allah untuk aku ketemu dia2 yang nak mendengar, pastikan tiba kan? Andai sebaliknya, what to do? Apa yang dikurnia Allah itu lebih baik dari meminta yang bukan2. Kalau cari bagaimana sekalipun tapi tetap tak ketemu itulah takdir.

Oh ye, esok hingga Ahad akan ke KL. Menyibukkan diri di kenduri sepupu2 kawen… Alhamdulillah, jodoh dah sampai untuk membina keluarga. Inai masih belum jumpa lagi pulak ni??? Haru betullah aku ni. InsyaAllah esok akan aku carikan jugak… Mungkin ke aku yang akan inaikan 4 orang pengantin tersebut? Jeng…jeng…jeng… Hahahaha… Banyak benda nak kena tolong ni. Hari kemuncak adalah Ahad ni… Esok si abang menikah. Ahad, abang dan adik bersanding. IAllah aku masukkan foto2 mereka nanti ye? Moga2 aku tak lupa untun mengecas bateri phone… Doakan keselamatan aku dan seluruh ahli keluarga waktu majlis ye?

a06da05c358ff17050f0432fb93ada09

5 Responses to "Kenapa Bila Aku, Ianya Masalah?"

selamat pengantin baru utk diorg eh kak :)

*kak,palace of golden horses :D yonna dah check kat google hehhe*

tq dik…alhamdulillah semuanya dah selamat…
*betul kan misplaced je perkataan2 tu… ;) *

kak dee..sabar mungkin perkara terbaik dlm hidup :)


thanks dik…akak cuba sabar lagi selagi boleh…doakan akak ye?

insyaAllah..doa org yg sabar insyaAllah dimakbulkan, kan kak? :)

salam dik, amin…!!!

erm..dalam hidup ni memang susah nak cari teman yang betul2 faham kite..slalunya mereka hanya mahu kita faham mereka, jaga ati mereka, wat yang terbaik untuk mereka sedangkan kite???

tu la kan? nak buat macam mana? bukan kita boleh twist diorang untuk sukakan kita…jaga hati kita macam mana dia nak kita buat macam tu kat dia…huh!

Leave a Reply

Kalendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Tetamu!

who's online

Ayat-Ayat Cinta The Movie

Sekarang Baru Aku Ngerti Antara Cinta Dan Keinginan Untuk Memiliki Tidak Sama...!

Sin,Dar&Ela

Kepada Yang Bercinta, Cinta Tak Semestinya Bersatu... Apatahlagi Cinta Pertama!

Statistik

  • 7,574 hits

Hidayah

HIDAYAH
HHarum
IIkhlas
DDinamik
AAmanah
YYakin
AAlim
HHarum
Apa ada pada nama?

All Malaysia!

All Malaysian Bloggers Project

Facebook!

Hidayah Yassin's Facebook profile

RSS Crayon Kakak

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Life Journey ~ The Never Ending Story

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Love Or Pride?

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS One Hand In My Pocket

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS ThePhotoMama COmmunity – My mama learn photography here!

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS wadah cinta solehah

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.