Posted by: hidayahlove on: January 20, 2009
Salam…
Dah lama tak buat apa2 entri (tadi je baru keluar paling latest) dan sekarang takde idea sangat… Semangat takde, mood hilang, idea pun tak sudi datang. Merepek je nanti tak bawak apa2 pekdah pulak… Tapi sangat mahu menulis sesuatu untuk titipan bersama…
Malam ni agak bosan dan selalunya macam nilah. Setiap hari pagi2 pergi keje, balik tengah hari… Keluar sama waktu dengan mak bila balik rumah semula sama ada aku yang balik dulu atau mak yang tiba dulu. Hari2 yang membosankan sebab buat keje yang sama tiap hari, rutin serupa saban waktu. Sampai dah naik muak tapi bila fikirkan yang kontrak sampai bulan 9 tahun ni, kenalah tahan jugak. Kena sabar sehabis mungkin. Kira pecah rekod kalau aku habiskan kontrak sampai bulan 9 tu… Setahun keje satu tempat tu…
Tak sabar nak menanti saat meninggalkan sekolah tu. Pengalaman tetap sesuatu yang akan meninggalkan kesan yang mendalam pada aku. Aku selalu percaya, pengalaman adalah Guru Terbaik dalam menjalani kehidupan seharian. Selalu jugak aku harap dan berdoa Allah makbulkan impian2 aku… Nak jadi seperti orang2 yang sebelum ni bersusah payah turun naik tangga kesusahan sebelum ketemu kemanisan kejayaan. Bukan mudah untuk berjaya. Kata orang mudah orang naik maka mudah jua orang jatuh… Betapa cantiknya aturan hidup Allah…bukan?
Nak berjaya kenalah usaha segigih mungkin kan? Memetik kata2 (hehehe…memetik tuuu) Datuk Yusof Haslam… Usaha tu penting tapi dengan izin Allah… Kalau Allah tak bagi jalan pun tak jadi jugak kan? Betul3x… So ayuhlah kita sama2 berusaha untuk jadi lebih baik…

January 21, 2009 at 7:05 am
hye..eyh2..
mcm lagu awan dania je tajuk post..heh~
erm..akak..ade org gile la kat blog rose tu
kat tmpt chatbox tepi tu..
eeeiii..geram btol..