Pulau Temasek – Seberang Tambak (Singapore)

Salam…

Dah hampir seminggu berlalu barulah ada sikit2 mood nak menulis. Inipun dipaksa2 jugak… Teruja untuk berkongsi tu ada tapi akhirnya klik pangkah terus berdengkur. Haha, tak senonoh betul tau…Maunya tak, idea tu macam berbakul2 tapi tak terluah pulak dengan menaip. Tapi iAllah kali ni betul2 punya…malas tangguh2 dah.

Macam tajuk kat atas tu, masa CNY kitorang sekeluarga (tak berapa nak sekeluarga sebab tak cukup orang) bercuti2 sambil menziarahi sedara2 Atok Mak. Dapatlah cuti 3H 2M…eh macam rancangan kat tv9 pulok. Hehehe…

Mula2 sampai kat Singapore dah petang sangat2. Ditambah dengan kena check in kat Kastam Singapore (lecehs ebab tak tau kena isi form putih…sampai dorang 2x bagi form macam perli je…boleh bawak untuk 1 bas lain kali)… Selesai semua2, pergilah ke hentian teksi/bas amek mak kepada jiran kat kampung. Bermalam kat rumah makcik pakcik ni. Makan malam kat food court yang tak ingat nama… Makanan2 kat situ memang boleh layanlah semuanya.

Esok pagi2 (tak berapa pagi pun) lepas sarap, terus ke rumah sepupu Atok Mak. Maafkan saya ye, tak ingat nama2 tempat dah… nampaknya memang kena mengakui diriku sudah tua! Huk Huk!!! Ok, sambung lagi. Sampai rumah sepupu Atok Mak, borak2 panjang sampai dah tak terasa nak bangun untuk balik. Cadangnya nak tidur situ. Tunggu punya tunggu diorang bilang (baca : cakap/kata/beritahu), sampai ke sudah jangan harap akan ada jemputan dari mereka ini walaupun sedara…

Kenyataan ini telah diakui oleh mak abah aku sendiri termasuklah adik-beradik abah yang lain. Nak kata berat mulut, mungkin tapi sebab dah budaya kat Singapore begitu kot? Tapi bukan semualah begitu. Mana2 tempat pun kalau tak tahu nak berbudi bahasa, susahlah. Akhirnya mak yang terus terang kat diorang yang kitorang nak tido situ. Kita boleh tahu dari riak wajah seseorang kan, sama ada diorang selesa ataupun tak…

Samalah amcam yang sedang berlaku sekarang. Maaf, ini bukan mahu mengutuk atau menjatuhkan airmuka sesiapa TETAPI inilah kenyataan yang aku hadapi semasa di sana. Tapi bukan tak bagus pun, semuanya CUN saja…hehehe. Tak berkenan takpe, setiap dari kita punya kelemahan masing2…

Malam tu borak dan borak, aku kejap2 layan tv dan memang tak keluar langsung kemana2 malam tu. Kat sana Melayu keje time CNY, Aidilfitri pulak bangsa2 lain pulak keje…macam tulah setiapkali apa2 pun perayaan. Jadi kitorang memang tak sempat nak kemana2 sebab takde tour guide, datang tanpa merancang dulu…tu yang begini jadinya.

Esok paginya pulak, sarap kat Geylang Serai (ni ingat sebab my adik’s GF yang ingatkan…). Sedap2 makanan kat sana (memang kuat makan den ni ha). Tak tahu nak makan ape (teringin makan Ayam Penyet) n last2 cadangan anak sepupu Atok Mak, makan Nasi Rawon. Malunya, nama Jawa tapi tak tau nama2 makanan Jawa? At least belajar jugaklah benda baru kan. Memang sedap Nasi Rawon ni. Kata Atok Mak, kat Singapore je yang ada buah Rawon tu. Kat Malaysia mungkin ada tapi susah nak cari kot… Dari buah tu lah yang akan buat kuahnya jadi hitam sampai aku ingat tu kicap…hahaha!

Habis makan2 sempat ke Shopping Centre (masih terlupa jugak) …Tapi tak shopping ape2 langsung. Cuma cuci2 mata, jalan2, amek2 gambar… Itu je yang sempat pun. Akhirnya balik tapi sempat singgah kat Rengit untuk menziarahi housemate Atok Mak+Atok Ayah… Dialah yang menulis kat Utusan Melayu – Air Mata Sungai Pulai…

So, that’s it for today (ceh…macam hari2 je update tau)… Lepas2 ni iAllah akan ada entri2 baru kot. Sebab banyak lagi cerita yang pending… Tapi tak perlu tunggu2 sebab tak dapat janji boleh update cepat2… At least tak biarkan blog ni suram dan kosong je kan… Ok, till next time iAllah…

- antara2 gambar yang sempat diambil dan selainnya kat FB -

Hidayah Yassin | Create your badge

Click to view my Personality Profile page

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.