Posts Tagged ‘Hari Lahir’

Happy 53rd Besday…Abah!!!

Salam…

img_2624

Abah… (gambar raye…)

Entri ni khas untuk Abah… Selamat Hari Ulangtahun Yang Ke-53 Tahun… Tahniah untuk Abah… Apa nak tulis ek? Doa dari kita dan adik2 selalu untuk Abah… Hehehe… Walaupun kita tak rapat ngan Abah, kita tetap sayang kat Abah… Thank you so much selalu je ada dalam apa jua keadaan walaupun tak semua perkara kita sama2 setuju… Tapi minat kita sama kan Abah? Favourite colour – Hijau… Sama tak? Apa2pun kita semua sayang Abah… Jangan lupa belanja kitorang makan2 eh? Hadiah??? Tatau nak beli apa la… Thanks again n Love You So Much… Walau dulu lepas 6 bulan baru jumpa Abah sebab Abah keje kat luar, kita tatau nak panggil Abah ape? Janggalnya rasa masa tu… Kita minta maaf kat Abah selama jadi anak perempuan satu2nya tak pernah nak banggakan Abah… Oklah, takmo emo2… Kita nak Abah sihat2 je, panjang umo… Jaga kesihatan (Abah dah selalu sangat batuk2…)… Take Care Abah!!! Lot’s ♥ Special 4 Abah…

p/s: Abah tak baca pong blog kita ni kan? Abah tatau cane nak guna emel…tapi kita bila nak ajar mesti cam nak marah…sowi Abah! Takpe Abah kan dah jadi part timer lecturer so mesti student2 Abah boleh tolong ajarkan Abah, kan???

a06da05c358ff17050f0432fb93ada09

Selamat Hari Lahir… Kak Nana!

Selamat Hari Lahir untuk sepupu saya yang tersayang… Hehehe… Tahniah kak Nana! Dah bertambah satu lagi angka kat umo. Umo hanya angka, kan? Semoga kak Nana cepat2 bertemu jodoh… Sukses selalu dalam kerjaya sekarang… InsyaAllah kita bakal jumpa kak Nana hujung minggu ni…

Alamak…

Ada orang dah tau pasal blog saya yang satu ni la… Tapi bukan yang baru ni tapi yang ‘old’ tu la… Nak tahu siapa? Siapa2 jelah dan kalau dia masuk sini dia tentu tahu dan sedar saya sedang bercakap pasal dia. Kelakar pulak bila one of my senior told me about that. Hahahah… Dia boleh heboh sebab saya ada blog saya sendiri? Pelik ke? Takkan pelik pulak? Malah saya lebih suka kalau dia pun ingin adakan blog dia sendiri… Mungkin saya pula yang akan jadi pengunjung setia blog dia pula?

What everla… Kata senior saya, blog yang lama itu dah lama saya tak kemaskini. Bukan saya hilang tapi sedang menyibukkan diri di sini. Saya semakin seronok dengan apa yang sedang saya lakukan. Di kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan ucapa untuk adik ke-2 saya. Terlewat juga saya akhirnya gara-gara masalah2 lain yang datang… Untuk adik saya itu yang saya dan semua panggil Abang, selamat Hari Lahir yang ke-23 tahun. Dah tambah lagi satu angka kat umur kau ek?

Apapun yang kau buat, aku tetap sokong tapi tak semua tau… Semoga kau bahagia dengan kehidupan kau sekarang tau? Kita dah jadi makin rapat sekarang kan? Walaupun kita mungkin tak kongsi banyak perkara tapi at least ada benda yang boleh kita guraukan…

Selamat Hari Lahir Yang Ke-23!

Hepi Belated 54th Besday Mak! + Saya sangat bosan!!!

1st of all… Besday wishes untuk Mak saya… Tadi hadiah yang saya beli untuk mak through internet sampai then bila balik, saya pun sampaikan pada Mak… Lamaaaaaaaaaaaaa sangat tak bagi Mak apa2…

Apa2pun kita harap mak sihat selalu *Mak memang pandai jaga kesihatan…huhu* Tq sebab lahirkan kita ngan adik2, jaga kita ngan adik2, besarkan kita ngan adik2. Walaupun mungkin masa kecik banyak dok ngan ‘bibik’2 yang adakalanya terlalu garang dan adakala tersangat baik…Mak tetap orang paling utama dalam hidup kita ngan adik2. Diam x diam Mak dah 54 ek? Umur cuma angka je kan? Alhamdulillah, Mak masih sihat dan kuat *apa yang kita nampak*. Kita memang tak reti nak mintak maaf kalo buat salah, cakap sayang kat mak… Tapi, kita memang sayang sangat2 kat mak… Mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi kan? Kita warisi hampir segala2nya dari mak. Semua orang ingat kita adik mak…huhuhu… Mak salu pasan mode… Kehkehekh… Kita bangga jugak sebenarnya cuma tak tau nak ucapkan macam mana… Oklah Mak, kita harap sangat2 mak suka ngan hadiah tu… Plus, tq lagik sebab tak henti2 sokong kita… Apapun yang kita mintak Mak tolong PASTI Mak tunaikan… Tq ALLAH sebab kurniakan aku dan adik2 juga Abah…seorang Mak yang best dalam hidup kitorang…

Ok, saya nak sambung satu g tajuk kat atas… Saya sangat bosan dengan semua ni. Masa tengah drive lepas isi minyak kat Petronas, Along call. Along diberhentikan 24 jam. Sebabnya? Mula2 nak jugak tahu kenapa… Alasan langsung tak logik… Hanya kerana orang lain yang buat salah, Along terkena tempiasnya?

Kata PENGARAH !@#$%^&* tu, hilang PANEL tak boleh, tapi STAF boleh cari… Sejak masuknya dia kat sini, macam2 hal yang berlaku. Mula2 boleh terima lagi tapi lama2 barulah kami sedar yang dia nak buang orang… Mula2 dia buang 2 staf MELAYU+ISLAM, masukkan staf INDIAN 2 orang. Then sekarang dia buang lagi 2 STAF MELAYU termasuklah Along… INDIAN masih ada… Esok dia masukkan 2 STAF MELAYU… Siapa nak train? Pandai2lah diorang. Patient panel yang biasa datang dan dah kenal kami semuanya terkejut. Saya memang bersedia untuk diberhentikan sebab dia pernah kata nak buang semua SENIOR dan gantikan dengan STAF baru… Pelik tak bila PENGARAH = INDIAN, STAF INDIAN… Hanya gunakan perkataan ISLAM je… Bilik SOLAT dah diubah menjadi bilik rehat doktor atau lebih spesifik lagi BILIK TIDUR DIA suami+isteri… Tension dengan semua yang jadi sekarang ni.

Biarlah nak terlungkup ke, nak melangkup ke… Peduli hape kan? Kita ni seolah2 menghamba-abdikan diri je kat sini… Hasilnya tak seberapa pun. Ada yang suruh saya tunggu sampai dia bagi surat PENAMATAN PERKHIDMATAN-yang-takde-sebab-logik tu then mintak pampasan… Agak2nya sebab kami tak mengalah and dia pun tak tau cara mana nak suruh kami berhenti so dengan cara yang beginilah dia buat. Buatlah…pasti ada hikmahnya semua yang berlaku sekarang…

The point is… ada yang selalu mencucuk dari belakang. MELAYU pulak tuBukan nak ditolong kami ni MALAH di bantu pulak dia ni… Apa nak jadi ni? Lepas ni klinik ni dah takde ISLAMnya… Ada patient yang tumpang solat, dia sindir2, gelak2kan… Tak hormat langsung… Siap dengan megahnya dia ajak staf OPD MELAYU masuk agama dia KRISTIAN… Lu sapa ha? Kacau2 budak2 gua? Dia tengok saya bukan macam orang lain nak membantah apa yang dia cakap… Ye kan aje apa yang dia katakan. Lu silaplah… Wa memang nampak je diam, dalam hati lu tu gua hentam2 lu tau? Wa tunggu masa je. Kata SENIOR saya, jangan TAKUT sebab kita tak salah apa2… Lu orang pun main petik je apa pun lu nak supaya gua semua letak jawatan kan? So takde cara lain lu terminate je gua2 semua kan?

Ini luahan ketidakpuasanhati gua dengan geng2 gua… Lu tau lagi bagus… Lu tak tau? Pun bagus jugak. Macam2 bakal berlaku lepas ni. Ramai dengan gua sekarang ni. Semua nak tolong sebab masing2 sakit hati, geram dengan perangai lu tu… Lu nak marah gua? Lu marahlah. Gua pun dah malas nak BERKHIDMAT dengan lu yang sangat entah apa2 tah… Memang lu taknak MELAYU+ISLAM keje ngan lu kan? So, untuk menutup rasa nak buang tu, lu letaklah dulu MELAYU+ISLAM sekarang tapi akan datang…lu dengan senang hatinya akan letak bangsa2 lu sendiri kan?

p/s: ok, saya rasa puas dengan apa yang saya dah tulis ni… saya sedia untuk berhenti bila2 masa je dari sekarang… Apa nak jadi pun jadilah…

Erm… Ok… Argh!

Tadi masa kat klinik rasa cam banyak sangat benda nak cite tapi bila dah ngadap laptop ni macam takde mende pulak nak tulis… Sebenarnya mata ni nak katup dah tapi dipaksa jugak tahan… Dalam 2-3 hari lepas tah apehal mata ni susah sangat nak mengantuk. Pusing sana, golek sini tapi masih sama… Segar jek mata ni. Esoknya pun sama cuma semalam adalah hari paling bahagia sebab dapat kembali nikmat tido tu semula. Hari ni, baki2 kesegaran mata 2-3 hari lepas tu buat aku mengantuk pulak (ape aku repekkan ni???).

Sok, cuti minggu ni. Baru je cuti Sabtu lepas, ni cuti lagi dan siaplah bersilat sampai akhir minggu ni +Ahad ni keje sampai malam = OT sebab ganti staf cuti. Malas nak cite pasal pengurusan baru hari ni… Sebabnya sangat2 menyampahsssssss… Tapi yang buat aku rasa best sebab kaunter OPD bakal menggunakan PC (lawaknya…klinik2 lain dah lama guna semua kemudahan2 ni…tempat aku? entah le)… Memacam yang jadi satu hari ni n kalo tak sibuk, aku cite lah nanti2 jek. Tak larat nak ingat semua2 ni.

BTW, sekali nak update ni just nak kongsi memacam cerita gembira yang dah, sedang dan bakal berlaku dalam tahun ni la…

Tahniah buat sahabat2 yang sudah selamat melahirkan umat2 Nabi Muhammag SAW…

1. Mariya Ulfah @ Mar (Early Jan – 2nd Princess)
p/s: 1st princess (Nur Umairah Natasya – 1 year +-) tak sempat aku ziarah lagik…huhu!

2. Nor Aisyah @ Kak Aisyah (2th Feb 08 – 1st Princess)
p/s: Jumaat lepas – 8hb Feb ada kenduri Aqiqah…still aku tak sempat nak join sebab keje…

3. Norfazilah @ Noi (12st Jan 08 – 1st Princess)
p/s: dpt sms dari Noi ajak dtg tgk dia kat Kota Tinggi…lagi pulak aku tak sempat nak g…
Nurina Syazwani is her new family member name ni…

4. Nor Shaniza @ Aniz (1st Princess)
p/s: Ye2 sms tanya bila due date, alih2 dah nak habis pantang katanya… Nama the baby -
Khayra Qistina Balqis…;) btw, she’s married to her lecturer masa kat yayasan dulu…hehe.

5. Haerani @ Rani – insyaAllah Early April ni…
p/s: Sampai ke sudah tak jugak jumpa ngan minah sorang ni… Hope so dpt jumpa b4 her
delivery…

6. Norhayati @ Nueq – insyaAllah akhir bulan Feb atau awal bulan Mac…
p/s: Reply sms ingatkan suh sediakan hadiah awal2… Bila aku sms tanya bila due
date…Amboi?

Tahniah untuk sahabat2 yang bakal mendirikan rumahtangga…

1. Shida @ sHidAy – bulan Mei ni insyaAllah…

2. Hawa @ Cik We – bulan Jun insyaAllah…

3. Zie- bulan Ogos insyaAllah…

4. Sepupu2 aku mak’s side (adik-beradik) – bertunang awal bulan Mac ni (1 n
2hb)… Kawen awal tahun depan, insyaAllah…

5. Sepupu (abah’s side) – kawen bulan Ogos ni, insyaAllah…

I’m 24th today…

Hari ini pada tahun 1983, seorang bayi yang dinamakan Hidayah oleh emak dan abahnya lahir di dalam dunia yang fana ini… Lupa lak…dia dilahirkan tepat jam 4.58 petang. Alhamdulillah…

Tak sangka aku dah 24 tahun juga, akhirnya. Terima kasih pada emak dan abah yang dah banyak berkorban membesarkan kita…as ur 1st and only daughter…

Lot’s of thank you to all my fren yang sudi wish…tq2…yang tak tahu pun aku gtau *tak malunya aku ni…* yang lupa lak aku ingatkan *memang sungguh tak malula aku ni*… Tq again…doakan je aku berjaya dalam temuduga yang bakal menjelang nanti dan sentiasa ceria dalam hidup aku…

Seperti biasa aku sangat mengharapkan agar aku cepat keluar dari situ…sungguh2 aku dah tak tahan…aku nak keluar dan keje tempat lain *kalo Allah dah takdirkan aku akan keje lagi*… Aku sangat2 mengharapkan doa2 kalian semua…

K la… jap g nak temankan mak g sekolah ade rehearsal student mak nak angkat sumpah untuk jadi wakil pelajar esok… Time to rest… Salam semua…

Keje…

Salam… Semalam *Sabtu – 21 Julai 2007* aku dapat balik cepat. Hehehe, alhamdulillah my boss bagi balik awal. Bosannya tiggal sorang2 dalam ofis n nasib baik adalah 2-3 orang yang datang nak beli album. Stop pasal kejelah eh?

Nak cite pasal apa ek? Macam2 sebenarnya yang aku nak tulis kat sini tapi tak tahu nak mula mana satu dulu…n insyaAllah tak lama lagi aku akan masukkan cite yang aku buat bila takde keje kat ofis. Impian nak ada novel sendiri tu masih ada dalam diri aku cuma tak berkesempatan n takde masa lak…

Mak ajak g PD lak jap g ngan anak2 murid mak yang tido semalam… Sekarang ni derang tengah sibuk memasak Char Kuew Teow… Hehehe… Baunya memang sedap tapi masih kenyang lagik pulak. Last aku g PD last 2 weeks n sempat belikan adik bongsu aku patung Spongebob Squarepants… Dia minat sangat nagn cite tu… Tapi buat teman kat rumah je. Tak dapeklah kalo dia nak bawak g asrama kan? Nama pun lelaki takkan lah nak bawak pastu buat peluk bila tido?

Aduhai la aku ni… Kenapa jantung aku berdegup kencang lak ni? Aku rase sebab teringatkan someone la. Siapa tu? Bukan seorang tapi ramai jugaklah… Pastu selalu teringat kisah-kisah lama… BTW sebelum terlupa, semalam sempat jugak aku call Nueq… Sangat2 minta maaf sebab tak dapat attend wedding dia last week. Bukan sengaja pun tapi aku memang tak sempat nak datang. Tok Mak buat kenduri so, kenalah balik awal. Sorry lah Nueq ye? Akak tak sengajalah… Jangan marah lagi ye?

Tengah2 menaip pun boleh rase bosan? Entahlah bila nak hilang rasa bosan ni? Suatu masa nanti kot? Esok, pepagi kena bangun n naik komuter g keje. Untuk sebulan ni saja lagi. Malaysia merdeka, aku pun turut sama merdeka, insyaAllah… Doakan aku ye? Ada sebab2 lain yang akan datang aku akan masukkan kat sini. Untuk masa yang tinggal tak seberapa nilah aku kena buat yang terbaik. Supaya aku tak meninggalkan kesan2 yang tidak elok di mata n hati sesiapa jek…

Di kesempatan ini aku nak ucap belated birthday pada orang2 yang aku kenal *diorang pun kenal aku* n keluarga aku…

19 Julai 1991 – Fizi *adik bongsu aku*
8 Julai 1981 – Acai *kawan maya aku*
16 Jun 1983 – Fusi@Seha *kawan baik masa kat kolej*
7 Jun 1983 – Imah *sahabat yang sangat aku sayang*
- Kak Long *cucu pertama yang kawen – anak abng abah aku*
- Ira *adik sepupu – anak adik abah*
26 Mei 1983 *Mar *kawan baik masa kat Al Ain*
3 Mei 1985 – Abang *adik pertama aku*
29 April – Faizul *Saujana*
5 April – Mak *my lovely mother*
31 Mac 1985 – Siti *kawan maya aku*
28 Februari 1987 – Ajip *adik kedua aku kat Mesir*
17 Januari 1983 – Nad *kawan dari kecik sampai la ni*
17 Januari 1981 – Kimy *Saujana*
14 Januari 1981 – Kak Izan *kakak sepupu aku*
13 Januari 1981 – Pyan *Saujana*
7 Januari 1980 – Abang Pezal *abang sepupu juga abang kak Izan ni ha…*
4 Januari 1989 – Ud *adik ketiga aku*

Also wish to this person on their becoming Birthday…

29 Julai 1983 – Mala *kawan baik kat kolej dan sangat aku sayang*
5 Ogos 1981 – Kak Nana *sepupu aku yang comel n sangat baik hati*
12 Ogos 1981 – Izu *Saujana*
12 Ogos 1983 – Nurul83 *kawan maya gak*
- Me Myself Birthday *taram jelah ayat2 tu*
23 September 1983 – EyE_Da *kawan baik yang kecil molek masa kat kolej*
29 September 1981 – Amy *sepupu lelaki da…*
30 September 1982 – Kak Aisyah *kawan baik masa kat kolej gak…kakak yang penyayang ni*
13 Oktober 1985 – Sarah *adik angkat masa kat Al Ain*
23 Oktober 1981 – Azalinor *Saujana*
21 November 1955 – Abah *my father*
2 Disember – Aliah *kawan maya yang baru aku jumpa*
15 Disember 1983 – Rani *kawan baik paling lama aku kenal*
27 Disember 1983 – As *sekarang tentera yang jugak kawan baik masa kat kolej*

Happy Birthday Nad…

Sweet 24th sis…;-)
You’ve been great and wonderful Sis all over my life…
Love you forever!
No present for you, ONLY love, hug and kissess from me…
Far from you…
I’m always remember you and all of our PAST TIME…
Susah bebenor nak menulis English la…
Yang penting Dayah selalu sayang Nad…
Orang paling cepat matangnya yang pernah Dayah jumpa…
Dayah ingat Nad hari-hari…
Best kan mase dulu2? Rase macam nak ulang balik je…
Tapi yang best2 jek…
Hentikan lamunan Dayah! Mase lalu takkan kembali menyapa…
Yang penting teruskan kehidupan ini…
Mase lalu yang tak baik, jadikan panduan untuk kita…
Teruskan hidup di Bumi Allah ini…
Semoga mase hadapan lebih baik daripada sebelum ini…
INGAT! Hidup hanya SEKALI je…
Jadi, jangan kita sia2kan hidup kita YANG SEKALI je ni…

Nad, kawan baik aku sejak dia pindah kat Kuarters MARA… Tak sangka dia adalah kawan terbaik selepas Am dan keluarganya berpindah. Walau kita tak bersekolah di sekolah yang sama *Akademik* tapi tiap2 petang memang kita akan jumpa kan? Balik je sekolah, campak beg dalam rumah, cepat2 tukar baju *kalau rajin, mandi dulu* lepas tuh terus lari g badminton court *itu je padang paling dekat*. Bukan kita nak main badminton tapi main galah panjang, bola sepak kejar, roller blade… Ingat lagi bila tengok Nad n siblings main roller blade, Dayah merengek2 dengan Mak suh belikan jugak dengan syarat dari Mak suh belaja sungguh2. Tapi, bila dapat Dayah lupakan semua janji2 dan syarat2 tu. Pendek kate, ape je yang Nad ade memang Dayah pun nak gak. Tapi, Nad tak kisah pun. Sebab Nad lebih awal matang kan? So, ape yang Dayah takde Nad selalu kongsikan ngan Dayah. Ape2 je game baru ke, ape ke, memang Nad tak pernah lupe tunjuk pada Dayah. Thanx soooooooooo much Nad… Sayang Nad lagi…

Sekarang ni dah tak macam dululah. Sebab kalau jumpa Nad, Dayah jadi kelu lidah nak berkata. Dayah nak sangat cakap2 macam dulu tapi tak boleh. Mungkin Dayah segan dengan Nad. Masa yang ade berlalu macam tu jek. Selalu Dayah harap ade lagi mase untuk Dayah berbual2 mesra macam dulu ngan Nad…

Nati2lah kot? Memang selalu harap ni… Oklah Nad. Entri kali ni memang Dayah buat khas sempena Hari Lahirnya Nad ke dunia yang fana ni tanggal 17 Januari 1983. Semoga Allah sentiasa merahmati Nad seumur hidup. Jaga diri dan keluarga yang baru dibina sebaik2nya ye? Itu doa dan harapan Dayah untuk Nad.

Happy Birthday To Me…

Genap 23 tahun aku hari ni. Yesterday recieve an email from JobStreet… Nway, thanx… Tadi call Kak Nana then dia wish aku… Ada berita gembira! Kak Nana dah pindah umah baru kat Kampung Limau dekat ngan Angkasapuri. Tak sabar nye nak ke sana. Ingat nak gak ke sana esok tapi mak buat jamuan lagi untuk her new students… Again?????????? Yup, nak macam mana? Kenalah tolong juga kan? Doakan yang terbaik untuk aku ye?

Birthday, Interview, Jamuan …

1st of all, I would like to wish Happy Birthday… Sweet 25th to the very best n cutest cousin… Kak Nana… Eventhough I’m not sms u personally, I hope u know that I never forget the big day in ur life… We’re born in the same month but not in the same day n year. Happy to be ur cousin, always be by my side, u r my best sis n shoulder to cry…n the important thing is perangai kita sama tau! I’m very sorry cause always troubled u… Okla semoga Kak Nana sentiasa gembira dengan kehidupan dan berjumpa dengan sesuatu yang sangat menggembirakan hati Kak Nana… Lupakan segala kesedihan yang lalu ye?

Sepanjang malam aku tak dapat tido. Mungkin terfikir2 pasal interview kot? Pukul 2.30 pagi aku terjaga. Dahla pagi pulak tu. Aduh! Aku ke kiri, ke kanan pun masih tak boleh tido. Panas pun ye. Aku teringat yang a day before aku belasah minum Per’l Cafe sampai 2 peket. Nak mampus? Tapi sedapla air tu. Tak payah campur gula or susu. Memang sedap. Tenanga berlebihan kot? Aku tak tahu aku terlelap pukul bape tapi yang pastinya aku terjaga kol 6.30 pagi bila mak kejut. Kononnya nak pegi pagi2 la ni. Dalam pukul 7 lebih aku ngan mak naik van ke KL. Sampai Pantai Dalam, beli nasi lemak paru. Naik atas (rumah abah), lepak kejap, makan2 lepas tu aku call Agensi Pekerjaan Intelek tu nak tahu kat mana tempatnya. Dah tahu, gerak dan sampai syarikat tu. Rupa2nya baru aku perasan yang aku tak daftar lagi. Buang masa gak la. Sampai dalam pukul 10 pagi dan diorang suruh tunggu untuk daftar. 11 pagi baru aku disuruh mendaftar. Habis je diorang panggil aku. Ingat nak temuduga tapi nak pastikan je sama ade apa yang aku isi tu betul tak. Ek eleh…itu je ke? Tunggu je la kalau2 ade keje 0 untuk aku?

Esok pagi2 (dah pagi dah pun) students mak nak datang n mak nak jamukan diorang makan tengah hari. Separuh dah siapkan tadi. Selebihnya esok pagi kena siapkan. Dah macam suasana malam raya lak. Rasa macam nak raya kat sini je tahun ni. Aku tak cadangkan lagi supaya Tok Mak datang rumah anak2nya tiap kali Raya. Ikut giliranla. Sebab nanti bila asyik kat kampung je, ada yang balik, ada yang tak. Macam mana tu? Fikir2kanla…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.