Posts Tagged ‘Sebal’

Isnin Yang…

Salam…

Semalam puasa sunat Isnin… Dalam usaha nak turunkan berat yang dah melampau2 ni la (ye, saya baru sedar yang saya memang berat…)

Sepanjang tengah hari semalam memang menjengkelkan…mana taknya, masa tunggu mak pegi Bank Islam, dok tunggu sat belakang satu kete gabak warna biru… Ok masa tu lum mula rasa geram tu lagi… Pastu masa mak nak masuk bank, mak bagi isyarat suh ke depan sikit – masuk depan kete gabak warna biru tu la…

Memula lagi sebelum nak gerak saya dah nyalakan signal… Masa nak masuk tu kete gabak warna biru tu leh gerak jugak??? Saya marah2 sambil pandang muka yang memandu tu – pakcik tue… Tak tua sangat pong… Rasanya pakcik yang lebey tua dari dia pong lagi bagus… Huh! Lepas saya mengomel (pakcik tu tak dengar pong sebab cermin tutup) sambil pandang dia, saya masuk gak celah2 kete gabak warna biru tu ngan Kancil depan tu…

Dahlah dia main gerak je (sikit je dia gerak…tengok macam nak gerak n bla terus dari situ)… Dia stay lagi, tah tunggu sape tah… Pastu time saya nak betulkan kedudukan Unser mak tu – untuk tak biarkan belakang Unser menghalang kete2 lain gerak… Saya undur sikit… Baru undur dia dah hon… Isk geramnya saya masa tu dah bertambah2… Sekali ngan omelan2 saya yang berbakul2 tu…

dsc03853

inilah kete pakcik tu… :(

Geraaaaaaaaaaaaammmmmmmmm!!!!!!! Suka hati jek buat orang gitu. Sekarang kebanyakkan kete kan dah dilengkapi dengan sensor? Apasal dia nak heboh sangat? Walaupun mash jauh lagi, confirm sensor tu berbunyi punya… Dia risau sangat apahal? Dah dia hon saya tak undur lagi… Kecoh lebey la…

Lepas tu saya tunggu mak kat bank ke2… Masa nak balik tu ada lak satu Volvo lama tu jugak dipandu lelaki… Wiper kete pakcik tu rosak agaknya? Boleh ke dia biar wiper tu bergerak2 tapi tak kene cermin pong… Korang faham kan? Memang bantai gelaklah saya ngan mak masa tu… Sengal gile la… Ade lelaki Cina tu cam heran je tengok kete pakcik tu…

Dan lepas balik dari bank ke3 pulak, saya dah signal awal2 (cuba rasa bila orang lain tak signal bila nak potong kete kita???)… Ada lori tu cam tak mo bagi je saya masuk… Rapat gile pulak tu… Pun lelaki jugak tu… Apakah yang menyebabkan lelaki2 ni semuanya jadi camtu? Rasa cam bengang jugak bila tengok driver lori tu camtu. Bila syaa pandang kat driver tu, driver tu cam terkejut dengan muka yang sangat sengal…

Masa kat Pantai Dalam minggu lepas, kalo nak masuk atau keluarkan kete kat parking lot kene tolak kete2 yang menghalang… Kete2 tu semua memang tak tarik handbreak sebab memasing dah faham kenapa… Selalu sendal dengan batu2 je… Kalo tarik handbreak memang kene hon sepanjang hari sampai orang yang punya kete tu tampil ke depan… Hahahaha… Pastu yang tak faham bila kita tolak2 kete2 tu semua seolah2 macam kita ni tengah buat show pulak…

Mana taknya orang yang tengok je dari jauh atau dekat semuanya lelaki dan tengok je… Kata mak lelaki sekarang x macam lelaki dulu… Ada yang tolong tapi yang dah berusia pulak… Yang muda2 jarang2 sangat… Ada tu duduk dalam kete je sampailah saya sudah tolak kete untuk dia lalu… Punyalah malas tol nak kuar dan tolong. Itu sebab saya lebey suka buat sebarang keje sendiri dari tunggu je orang tolong. Dari memekik mintak tolong, baik buat jelah… Habis terbuang je masa tu… Masa Itu Kan Emas???

p/s: Abah dah berjaya gunakan internet dan ter’masuk’ dalam blog saya? Hehehe, tiba2 je terasa malu pulak… Memalam (malam tadi) Abah a06da05c358ff17050f0432fb93ada09call saya tanya pasal blog saya… Dan masa tu baru berjaya tido… Awal gak tido…

Salam Pagi…

Hye! … ;) Saya dalam ICT Lab sekarang… Depan workstation n for the 1st time saya menulis di blog semasa tengah keje… Dulu2 masa kat Blogspot salu gak update blog (masa tu keje kat Cheras)…sampailah satu masa, bos besar cut the internet connection for us (staf2 biasa ni) kecualilah the boss kecik je. Tapi ada gak peluang2 saya menyelit gak guna internet kat tempat bos kecik sebab diorang suh saya buat keje via internet… Hahaha… Pastu adalah gak yang mengendeng jugak. Kalolah bos2 saya tahu pasal ni, lagi mengamuk sakanlah. Dah le benti ikut suka je saya ni. Saya risau gak kot2 ada ke surat saman sampai kat tangan saya? Minta maaflah…

Sejak benti tu langsung takde berhubung ngan diorang lagi sampailah satu hari tu bos kecik call. Tujuannya nak tanya pasal inai. Dia bisnes conteng2 tangan pengantin guna inai tau…! Tapi contengan dia memang cunlah. Saya tak pandai nak buat semua2 tu. Sempatlah jugak bertanya2 khabar walaupun masih terkejut dengan pangilan tersebut. Saya memang bersalah sangat2 pada iorang sebenarnya. Menyusahkan diorang jugak sebenarnya. Kalo satu masa saya pun kena hadapi benda yang sama saya perlulah redha sebab itulah balasannya untuk saya yang suka ikut hati sendiri…

Tapi, saya benti bukan saja2 tapi sebab dah ada yang panggil untuk keje dan itulah masanya untuk saya pulang ke N9… Apapun semua tu dah setahun lebey berlalu. Banyak pengalaman yang aya dapat sepanjang bekerja kat sana. Kali pertama diterima bekerja memang saya rasa sangat2 berbangga dengan tawaran tersebut… Syukur!

Wah, cite pasal kenangan la pulak saya ni kan… Mengimbau je sebenarnya. Bila dikira2 dan diingat2 balik, setakat ni dah macam2 keje yang saya pernah buat. Saja nak kongsi dengan semua… Memandangkan mungkin kejap lagi, petang nanti atau malam nanti saya ada something to write barulah saya menulis kembali… Inilah tempat2 yang pernah saya keje dulu…

 

Pizza Hut (M) Sdn. Bhd. (Mei 2004 – Jun 2004) – Restaurant Crew…

Tahun 2004 masa tengah tunggu keputusan final exam Diploma In IT kat Pulau Indah. Cuti kan? So, konon2 taknak buang masa, join kawan baik – Rani untuk keje. Tak lama pun keje, adalah dalam 1 bulan setengah gitu. Sebab benti, kawan baik jugak yang ajak benti… Tak tahan gak sebab kene berdiri je sepanjang keje dari pagi (kalo shift pagi) sampai petang dan kalo shift petang sampailah ke malamnya nanti. Seminggu ibu jari kaki kanan ni kebas. Pinggang sakit2… Pastu adalah insiden2 yang menyumbang kepada tindakan kami untuk berhenti… Seperti biasa, mak abah marah sebab sibuk sangat nak keje sedangkan gaji habis kat tengah jalan je. Huhuhu… RM 550 yang saya terima masa nak benti…

Memori yang tak dapat nak lupakan sebenarnya banyak tapi bila pertama kali dan sekali tu je syaa dapat tips dari sorang pelanggan ni. Kakak Melayu, dia bagi RM5 kat saya. Saya tertanya2 gak kenapa tiba2 dia bagi saya duit tu. Dia suh gak amek, so saya amek la… Pastu cite kat budak2 yang satu kumpulan ngan kitorang (memula nak keje) tu, diorang terkejut gak dengar yang saya taknak amek duit tu… Diorang siap kata yang kalo delivery pizza kat pelanggan siap ehem2 lagi sebab nak dapatkan RM2… Hahaha… Entah le ek? Rezeki saya malam tu, alhamdulillah!

Adan Impresif Sdn. Bhd. (1 Disember 2006 – Februari 2007) – Post Production Assistant…

Tahun 2006 hujung…bulan 12. Time tu kawan baik – Mala lagi 2-3 hari nak kawen. Semua usaha untuk ke interview dan ke sana ke masri adalah atas ehsan keluarga Mala sebenarnya. Sampai sekarang tak jumpa semula untuk bagi apa2 sebagi tanda terima kasih… Moga2 Allah permudahkan urusan saya… Memula keje, kalut jugak sebab kete Tiara asek buat hal jek. Sikit2 enjin mati dan sangat susah untuk dihidupkan semula pulak tu. Saya tak memesrakan diri dengan kete tu lagik sebenarnya…

Dalam masa 3 bulan keje, memacam yang saya belajar. Maklumlah keje kat syarikat fotografi ni lain sikit dan yang penting unik sebab seni itulah perkara pokok. 1st day keje saya telah diarahkan untuk menyiapkan album yang akan dipenuhi dengan gambar2 Dato Siti Nurhaliza kawen. Cecantik semuanya… Tapi dalam seronok2 keje, ada gak rasa nak benti keje. Tapi cuba tahan sampailah bebetul 3 bulan (percubaan), saya dipanggil untuk menghadiri temuduga di N9. Saya? Sukalah jugak sebab kalo dapat, kejelah saya kat ngan rumah. Temuduga je baru…

VPI International Bhd. (Februari 2007) – Data Entry Clerk…

Tahun yang sama ngan kat atas tu. Lepas interview tu, alhamdulillah saya dapat keje kat N9 n masa ni semua bos2 terima dengan hati yang terbuka bahawa saya akan pergi meninggalkan tempat itu. Tanpa apa2 surat letak jawatan atau kene bayar ganti rugi apa (sepatutnya kene), diorang lepaskan saya… Berlakulah insiden pujuk memujuk antara bos kecik, pakwenya kat saya… Nak buat macam mana kan? Itu yang saya nak pun. Saya tak mendabik dada dengan bangga yang saya dapa apa yang saya nak kononnya…

Kat sini, bertahan seminggu je. Sebab dalam seminggu tu tak mula pape keje pun. Ada sesi pengenalan selama seminggu kat situ. Hampeh tol… Pastu bila dengar memacam cite, saya try rujuk kembali kat tempat lama… Gilo talak tol saya ni. Diorang terima saya kembali hanya selepas seminggu saya keje kat tempat ni. Dan sekarang kawan2 dalam kumpulan saya termasuklah saya dah pun bekerja di tempat lain…

Adan Impresif Sdn. Bhd. (Februari 2007 – Ogos 2007) – Post Production Assistant…

Masuk semula pada tahun yang sama. Kelako tak? Saya sendiri rasa cam malu, gelisah, kesal dan sebagainya. Apa mau buat? Tu pun bos besar suh masuk awal sebab mungkin takde sapa yang buat keje saya… So, mulalah semula kehidupan saya di sini. Suka jugak dengan harapan saya lebey memahami diri sendiri… Ada benda lain sebenarnya…hahaha!

Pastu bila masuk sorang USM student untuk praktikal, saya cam sukalah sebab ada kawan berbual selain bos kecik yang kadang2 datang lambat, kadang tak datang pun (ni jarang la)… Tapi walaupun ada teman baru, bos kecik saya tak pernah lupakan tau. Sebab dialah orang pertama yang saya kenal kat sini. Ada lagi 2 staf tapi diorang lelaki dan jarang bercakap kalo sibuk buat keje2 diorang. Fokus itu penting…

Kat sini saya sambung berkhidmat selama 6 bulan jugaklah… Kira cam mula semula la dan saya telah membuang masa saya selama 1 minggu yang konon2 keje kat tempat atas tu la… Masa dah keje sini balik, saya dapat attend wedding terbesar waktu tu kat Kelantan n SDCC. Memang superb la walaupun the pengantin is so fussy… Yang permpuannya la… Lelaki tu ok2 ja. At least saya dapat pengalaman yang bukan semua orang dapat kan? Pastu dapat gak melangkahkan kaki masuk kat Dewan Perdana Felda sebab ada keje kat wedding someone… Salu orang kata je dewan tu kan?

Dan bila satu hari tu ada someone calling me from N9 sebab dah diterima bekerja walau tanpa menghadiri sebarang temuduga… Dengan rasa yang sangat suka dan gembiranya, saya terima tawaran tersebut… Masa ni takde lagi rayu2an atau scenen pujuk memujuk antara saya dan bos kecik. Mungkin diorang menyesal ambil saya semula. Cuma balas2 sms je antara saya dan bos kecik n kebetulan bos2 besar sedang bercuti ke China…

Pusat Rawatan Islam Darul Zaqwan Sdn. Bhd. (17 Ogos 2007 – 24 April 2008) – Clinic Assistant…

So, keesokkan harinya saya kembali ke N9 dan terus menuju ke tempat baru ini. Masa ni saya ingat sayalah yang paling lewat sekali sebab kata senior saya yang tersayang itu – Along, ada 15 orang yang telah dipanggil. Alih2 yang muncul hanya saya seorang jek. Mulalah hari pertama dengan perasaan yang sangat bersalah kerana melarikan diri dari tempat lama. Jasad di tempat baru tapi fikiran masih di sana. Sampaikan saya off hp semata2 takut kana kesalahan sendiri.

Dalam 7 bulan keje kat sini, macam2 yang saya belajar. Belajar bagaimana keje ngan ramai orang, memacam perangai, macam2 pe’elm, cara2 nak layan kanak2 or babies… Dengan pengurusan yang kejap ok kejap tak, gaji kejap2 on time, kejap kang lewat beberapa hari. Nak uruskan relationship dengan cawangan2 lain. Sampaikan hampir2 saja bergaduh dengan staf2 cawangan2 lain semata pasal ubat2. Staf2 lama kat cawangan2 lain ingat yang kami sama je ngan staf2 lama dulu.

Dan sepanjang 7 bulan ini jugak, kenal ramai doktor2 yang best gilak. Hehehe, memacam dapat belajar dari diorang. Ada sikit2 je doktor2 yang memang kadang2 asek nak marah je kat kami2 semua tapi biasalah kan, seharian menghadap pesakit2 kat klinik atau hospital kerajaan jadinya, tension la… Akhirnya selepas bertelagah dan bertekak (lepas pengurusan lama ditukar dengan pengurusan baru), kami sesama kami buat keputusan meninggalkan tempat tersebut. Dengan hati yang terlalu sakit ni, kami tinggalkan tempat yang banyak mengajar kami dengan macam2 perkara. Tapi berhenti sebab sakit hati jadinya sakit hati tu kalo dicitekan sampai sekarang pun masih berbekas rasa itu. N dengan insiden2 tersebut juga telah merapatkan kami2 semua… Alhamdulillah!

Sekolah Kebangsaan Seri Puteri (2 September 2008 – 3 September 2009 *InsyaAllah*) – IT Lab Assistant…

Baru mula awal2 puasa hari tu. Dan saya keje dalam masa setahun je insyaAllah (kontrak je). Dapat tahu pasal keje ni pun sebab interview kat satu firma guaman ni n the big boss is the YDP kat sekolah ni so kebetulan ada tawaran keje kat sini as IT Lab Assistant. Saya g je walaupun cam dapat rasa cam takkan dapat pun. Tiba2 je dapat, alhamdulillah… Ada gak le duit poket untuk beraya nanti…

 

p/s: tengah pk n cari keje selepas habis kontrak nanti…keje ape la lagi yang bakal saya lakukan nanti yek? masih teringin untuk bekerja di pejabat2 kerajaan (kalo boleh) sebagai kerani jek…entah bile? entah2 saya dok memerap dalam rumah lagi kot?

Kenduri?

Akhirnya setelah membuat keputusan bersama, saya sepakat untuk tidak menghadirkan diri di mana2 jemputan yang telah diutuskan. Sebabnya? Mudah sangat – takde teman… Macam2 cara yang saya pk untuk ke semua majlis yang bakal berlangsung esok (Sabtu – 7 Jun)…

Semuanya tak disengajakan pun tapi saya memang takdapat hadir di semua 3 kenduri esok. Cuma mungkin saya akan ikut mak n abah ke kenduri di kampung juga Melaka. Akhirnya ikut mak n abah jugak. Sangat tak boleh nak buat keputusanlah saya ni… Sampai bila akan begini pun saya sendiri kurang pasti.

Ahad pun saya tak pergi jugaklah gamaknya. Tapi tengoklah macam mana nanti? Rasa macam nak ke panggung wayang je esok lusa tapi tataulah macam keputusan akhir yang bakal saya lakukan nanti. Saya sangat sedih sebab saya tak dapat nak hadiri semua majlis ni. Arrrrgggghhh!!! Saya harap akan2 datang saya takkan hadapi masalah2 sebegini lagi…

Oklah, cukuplah setakat ini dulu luahan hati saya kali ini…lenkali saya luahkan lagi ye? Nak dengar tak? Baca jelah… Ini juga dah dapat puaskan hati saya walau sikit2…

p/s: saya baru sms sahabat saya itu – Zie minta ampun dan maaf sebab tak dapat datang ke majlis nikah dan kahwinnya esok lusa… Ampun bebanyak!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.