Posted by: hidayahlove on: December 31, 2008
Salam… (Sticky Mode – Update…scroll down!)

Posted by: hidayahlove on: February 12, 2009
Salam…
Apa2 saja yang berkaitan dengan wedding Nurul Haizum@Chika ada kat blog satu lagik… Kira blog terkini sebab kat sekolah kalo bosan2 selalu akan update isi2 blog dari sekolah…
So, kalo2 update kat WP ni maknanya aku ada kat rumah la… Blogger tu aku kat sekolah… Nothing Much To Say la…sila2lah ke sana pulak…
link blog baru – hidayahitupetunjuk

Posted by: hidayahlove on: January 30, 2009
Salam…
semalam dah test tapi mengong…ri ni nak test lagik…
Posted by: hidayahlove on: January 28, 2009
Salam…
Orang yang bijaksana akan mencari kesempurnaan, tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan
Mood belum mari lagi so nak kongsikan gambar2 je… Ahad lepas tengok sepupu yang baru 3 bulan lahir… Wah, umo2 dah nak masuk 26 tahun pun masih ada sepupu yang baru kan? Takpe, yang penting dia sangat2 comel… Mohd. Mukhriz… Memang comel gile la budak kecik ni… Dalam kategori ‘besar’ untuk baby yang baru 3 bulan macam dia…

presenting ‘Ahmad Albab’ a.k.a. Mohd. Mukhriz yang superduper comel… (ngan mak)

(ngan abah pulak)

Posted by: hidayahlove on: January 20, 2009
Salam…
Dah lama tak buat apa2 entri (tadi je baru keluar paling latest) dan sekarang takde idea sangat… Semangat takde, mood hilang, idea pun tak sudi datang. Merepek je nanti tak bawak apa2 pekdah pulak… Tapi sangat mahu menulis sesuatu untuk titipan bersama…
Malam ni agak bosan dan selalunya macam nilah. Setiap hari pagi2 pergi keje, balik tengah hari… Keluar sama waktu dengan mak bila balik rumah semula sama ada aku yang balik dulu atau mak yang tiba dulu. Hari2 yang membosankan sebab buat keje yang sama tiap hari, rutin serupa saban waktu. Sampai dah naik muak tapi bila fikirkan yang kontrak sampai bulan 9 tahun ni, kenalah tahan jugak. Kena sabar sehabis mungkin. Kira pecah rekod kalau aku habiskan kontrak sampai bulan 9 tu… Setahun keje satu tempat tu…
Posted by: hidayahlove on: January 20, 2009
Salam…
Semakin banyak anda mengetahui, maka anda semakin pandai, Semakin banyak pengetahuan anda, akan semakin banyak yang anda hasilkan.
Memang dah lama gile tak buat satu apapun entri. Sejak2 dari kenduri si sepupu2 tu la… Kalau boleh taknak kata takde masa tapi takde mood sangat n rasanya tak bape penting untuk update tetiap hari setakat hari ni. Dengan tahap kelembapan internet so mood semakin hilang untuk berkarya… Wah hahahaha… Sejak 2-3 menjak ni terfikir banyak2 kali pasal sesebuah entri atau blog ditulis atas dasar apa (untuk aku)… Dari menulis tanpa membawa apa2 kebaikkan atau pekdah baik lupakan je. Dari buang masa memikirkan apa yang hendak ditulis itu tanpa berfikir lebih baik biarkan je terkubur keinginan tu kan?
Aku suka entri yang ringkas tapi padat. Sikit tapi mendalam… Lebih mudah untuk difahami… Aku yang selalu buat entri meleret2 so kalau boleh nak yang aku sendiri selesa dengan cara aku sendiri… Entri ni ada kene mengena dengan seorang teman baru – Hidd… Bakal Puan kepada AdiNang (adik beradik SaifulNang) Jumaat ni iAllah… Lupa pulak bila agaknya pertama kali singgah kat blog dia ye?
Posted by: hidayahlove on: January 3, 2009
Salam…
Dunia dan Akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadu. Apabila engkau senang (pada) salah satu (antara) kedua-duanya, maka akan marahlah yang lain.
(Saidina Ali r.a.)
Geram je… Apa taknya, sedap2 menaip kat sekolah tadi…dah nak publish (dengan tajuk yang sama) tiba2 hilang macam tu jek? Tinggal tajuk je? Memang panas gile hati ni… Dah lah tadi kelaparan… Hahaha… Ingatkan auto save, tak jugak dan aku kena menaip semula. Dan mood yang tadi dah hilang… Ada banyak perkara yang aku tulis pong hilang semua… Boleh cite pong sikit2 tapi tak samalah dengan apa yang aku tulis mula2 tadi…
Jalan2…
Posted by: hidayahlove on: December 31, 2008
Salam…
Mana agaknya semangat aku berblog ye? Memula dulu memanglah sangat buta dan tuli pasal blog2 ni. Tu pong tahu sebab kawan baik yang intro. Mula ngan blogdrive… Kejap tulis, kejap kang delete lepas tu menyesal. Sampai sekarang rasa menyesal sebab tak dapat tengok balik apa yang pernah aku tulis dulu2…
Lepas dah beberapa tahun (masa guna blogdrive – study), tetiba nak tukar ke blogspot.com sebab orang jugak. Masa ni pong masih blur2 jugak tapi tangan sangat gatal nak buat memacam dalam blog. Lepas dah mintak tolong orang ajarkan n masih tak puas hati, buat pulak sendiri. Sampai macam2 jadi kat blogspot tu la. Alih2 sekarang kat WP pula…
Posted by: hidayahlove on: December 30, 2008
Salam…
Maaf sangat2 sebab lambat nak menulis. Ada macam2 hal terjadi lately. Penutup Maal Hijrah 1429H… Dan sekarang dah 2 Muharram 1430H pong, alhamdulillah…
Apapun yang pernah terjadi tahun lepas moga2 tak berulang lagi – andai ianya pedih untuk dikenang kembali tapi kalo manis untuk dikongsi, apalah salahnya kan? Kita ni terlalu memandang ke arah tahun Masihi sedangkan kita ini sepatutnya lebih terarah ke tahun Hijrah/Hijriah kan?
Biasalah manusia kan mudah lupa? Nak berbunga2 tak pandai ni, selagi boleh dan larat nak kongsi sesuatu dalam blog sebagai teman setia di sisi ni, selagi tu aku cuba buat sedaya yang mungkin. maaf jugak aku pohon sebab dah lama rasanya tak letak apa2 gambar kan? Mood tak mari lagi so gambar pong tak dapat nak selit barang satu dua la…
Komen